Friday, January 14, 2011

SINOPSIS RINGKAS DAN HASIL KAJIAN

 Secara keseluruhan sinopsis cerita berkisar kepada pahit manis kehidupan watak utama novel iaitu FARIDAH sejak dilahirkan sehingga mempunyai keluarga sendiri. Ditakdirkan mempunyai kembar tetapi suratan ilahi menentukan segala-galanya apabila Faridah terpisah daripada adik kembarnya RAHAYU gara-gara kesilapan yang dilakukan oleh bapanya bernama KAMARUDIN yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga. Takdir juga menentukan bahawa FARIDAH akan kehilangan RAHAYU apabila dipertemukan untuk kali kedua. Malang berganda yang menimpa FARIDAH umpama jatuh ditimpa tangga apabila ibunya SALMAH dan suaminya, GHAZALI pula meninggal dunia. Takdir membawanya ke bumi KIWI ( New Zealand) apabila ditawarkan berkursus selama enam bulan. Takdir juga membuka hatinya untuk menerima lamaran seorang pemuda bernama SOLEH JOHNSONS dan seterusnya dikurniai dua orang puteri (juga kembar) dan memutuskan untuk terus tinggal di sana membina keluarga bahagia. Setelah 25 tahun berlalu, pelbagai peristiwa sering datang bertamu dan akhirnya mempertemukannya semula dengan AZRUL (teman rapat) arwah adiknya RAHAYU. Mereka akhirnya dipersatukan apabila anak mereka berdua membina rumah tangga bahagia. FARIDAH umpama karang yang teguh bertahan di tengah-tengah samudera yang mengganas. Hidup di bumi asing tidak sesekali menghilangkan kebangaan kepada jati diri sebagai seorang MELAYU GLOKAL.






ISU-ISU YANG DIKEMUKAKAN DALAM NOVEL :





1. Perjuangan melestarikan alam sekitar.

2. Penyakit kronik iaitu kanser yang menjadi "duri dalam daging" kepada kehidupan manusia,

3. Kerja sosial iaitu mendidik anak-anak istimewa seperti sindron down

4. Tugas-tugas pasukan keselamatan dan NGO dalam gerakan mencari orang yang hilang di hutan

5. Kepercayaan tradisi masyarakat luar bandar.

6. Keretakan rumah tangga yang memisahkan ahli keluarga.

7. Perkara fardu kifayah iaitu makanan halal yang perlu disediakan terutama di luar negara.

8. Usahawan tani yang berwawasan

9. Masalah kumpulan militan/ fundamentalist Islam

10. Perkahwinan campur antara pelbagai bangsa.

11. Amalan Islam yang longgar dalam kalangan masyarakat Islam

12. Sikap prejudis masyarakat bukan Islam terhadap ajaran Islam dan komuniti Islam di luar negara.





WATAK UTAMA

Watak utama dalam novel ini ialah FARIDAH.





WATAK SAMPINGAN

1. Rahayu

2. Azrul

3. Dr. Hadi

4. Mejar (B) Kamaruddin Bin Ahmad

5. Syuqri

6. Abdul Rafiq

7. Abdul Rashid

8. Mastura

9. Iqbal

10. Azman.

11. Salmah

12. Pak Imam Sohod

13. Ghazali

14. Said

15. Chief Inspektor Aznil

16. Azmi

17. Buyong

18. Sarjan Yusoff

19. Cikgu Raduan

20. Leftenan Abdullah

21. Hamidah (isteri kedua Kamaruddin)

22. Azlin

23. Dr. Susan

24. Suhaila

25. Amah Siti

26. Tuan Cecil Renking

27. Penghulu Garang

28. ACP Ahmad Dan Bin Mokhtar

29. Tuan Hj Hasbullah Bin Awang

30. Meor

31. Tok Batin Senik.





Terdapat juga watak-watak pembantu lain yang penting iaitu :

1. Soleh Johnsons (suami Faridah)

2. Anne Johnsons (anak Faridah)

3. Melina Johnsons (anak Faridah)

(Anne dan Melina ialah kembar seiras)

4. Haji Othman (bapa Azrul)

5. Hajah Rahmah (ibu Azrul)

6. Jabbar Al-Anbia @ Benny (suami Melina(

7. Zain (anak Azrul)

8. Datin Aishah (ibu Zain)

0 ulasan:

Followers