- LATAR TEMPAT
- LATAR MASYARAKAT
- LATAR MASA
1. LATAR TEMPAT
DI MALAYSIA
1.SUNGAI BESAR SELANGOR- KAMPUNG PARIT TIGA
- KAMPUNG SUNGAI HAJI DORANI
- PARIT SATU
SUASANA – SEBUAH PERKAMPUNGAN MELAYU
KAWASAN PERTANIAN - SAWAH, KEBUN KELAPA, PERUSAHAA ,HASIL LAUT
LOKASI SUNGAI BESAR
http://www.maplandia.com/malaysia/selangor/sungai-besar/
DI RUMAH SALMAH
- - Rahayu dibawa pulang oleh Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit kansernya semakin serius.
- - Jenazah Rahayu disemadikan di Sungai Besar
- - Tempat Faridah hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal
- -kawasan hutan yang sangat tebal
- -kawasan rizab hidupan liar sejak zaman British
- -Kamarudin dan Buyung memulakan tugas mencari Faridah di sini,Bukit Fraser ke Bukit Kutu
PEKAN SUNGAI KUBU
- - Berdekatan Bukit Kutu
- - Tempat perniagaan
HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (HUKM, CHERAS)
- - Tempat Rahayu dirawat di wad merah jambu kerana menghidap kanser di leher.
- - Tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin dan Buyung
- - Tempat Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi ( bawah sedar )
- - Tempat Rahayu meninggal dunia di samping Faridah yang koma.
- - Peristiwa luar biasa berlaku-ketika Rahayu meninggal dunia Faridah sedar dari koma.
MARANG TERENGGANU
- - Tempat tinggal Melina dan Benny
- - Benny bekerja di Trengganu
- - Banglo Melina di hadapan pantai Marang
CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
- - Tempat Faridah dan Soleh Johnsons tinggal (Golf View Cottage)
- - Kawasan peranginan tanah tinggi kegemaran pelancong
- - Berdekatan dengan tanah Tinggi Lojing , Gua Musang, Kelantan
- - Tempat pertemuan semula Faridah dengan Azrul (teman sekuliah Rahayu)
- - Tempat tinggal ramai Muslim berbangsa Inggeris seperti Musa Surray, Amir Mustov dan Ariff Carlsons.
- - Banyak bangunan kolonial British
- - 500 ekar tanah dipajak oleh Datuk Azrul untuk pusat agropelancongan tanah tinggi.
- - Usahasama dengan Soleh Johnsons.
- -Perkampungan orang asli
- -Faridah dan Iqbal ditemui merayau-rayau di Sungai Dua oleh penduduk Orang Asli
- -Kamarudin dan Buyung bertemu Faridah yang tidak sedar diri di rumah Tok Batin Senik.
BANGLO MILIK MELINA DI MARANG
- -Tempat tinggal Melina di Malaysia
- -terletak di hadapan Pantai Marang Terengganu
- -tempat Melina dan Khadijah berbual-bual tentang nilai masyarakat Malaysia
DI NEW ZEALAND
1. ROSEWOOD , CHRISTCHURCH
- - Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun
- - Berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh Johnsons )
- - Pusat penternakan kambing biri-biri
2. AUCKLAND
- - Melina bekerja di Auckland sebagai pembantu pelukis pelan
- - Bertemu Benny di Gloria Coffee Bean
- -tempat kelahiran Benny
- -tempat Melina melahirkan anak pewaris empayar minyak An Anbia Family Limited Company ( Said An Anbia )
- -tempat tinggal Melina dan Benny
2.LATAR MASYARAKAT
a. Masyarakat Melayu di perkampungan Melayu
- -Faridah dan Salmah tinggal di Kampung Parit Tiga , Sungai Besar Selangor
- -Salmah seorang pesawah di Sungai Besar
b. Masyarakat Petani/Penternak
- - Soleh Johnsons seorang penternak berjaya di Christchurch, New Zealand. Memiliki Pusat Penyembelihan Hijrah untuk orang Islam di New Zealand
- - Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar
c. Masyarakat Melayu Islam yang cinta akan keamanan dan kesederhanaan
- - Ustaz Syukri Hassan menyampaikan ajaran Islam kepada Benny dan Mohd. Attar dengan cara lembut
- - Faridah dan Soleh Johnsons menganjurkan majlis rumah terbuka untuk semua penduduk dan komuniti di temapat tinggalnya semasa hari Raya
d. Masyarakat Melayu di bawah penjajahan British
- - Masyarakat Melayu semasa penjajahan British ditadbir oleh Tuan Cecil Renking
- - Menjalankan aktiviti perlombongan di Hulu Sungai Selangor
e. Masyarakat Islam yang radikal dan agresif
- - Mohd. Attar seorang lelaki keturunan Arab yang berpandangan radikal dan terlibat dalam gerakan militant Islam
f. Masyarakat berbilang bangsa dan budaya
- - Muslim berbangsa Eropah di Cameron Highlands seperti,Yusuf Jensen (Belanda),Musa Surray (Scotland), Ahmad Raffles (Australia) dan Ariff Carlsons (Britain)
- - Muslim Arab di Malaysia seperti Benny dan Mohd. Attar
- - Melayu-Inggeris iaitu Melina dan Anne
g. Masyarakat yang prihatin
- - Haji Awang sentiasa menyuruh Khadijah (anaknya) menemani Melina di rumah Melina semasa ketiadaan Benny demi keselamatan Melina yang tinggal seorang diri.
- - Seorang wanita di masjid di Pekan Batang Kali bertanya Melina tentang perjalanannya ketika melihat Melina seorang diri di situ.
h. Masyarakat yang bertanggungjawab
- - Kamarudin berusaha mencari Faridah yang hilang di Bukit Kutu walaupun sudah hampir 14 tahun dia tidak bertemu dengan anaknya itu.
- - Pasukan Perhilitan, orang asli Senoi Praak, Ketua Inspektor Aznil dari Polis Diraja Malaysia , Pasukan Gerak Am (PGA), Pasukan RELA menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu dalam Ops PDK.
i. Masyarakat berpendidikan tinggi
- -Rahayu dan Azrul menuntut di Universiti Putera Malaysia.
- -Anne penuntut tahun dua universiti di Christchurch
- -Benny mendapat pendidikan di London.
j. Masyarakat Penyayang
- -Faridah dan Mastura berkhidmat sebagai sukarelawan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat mendidik anak-anak istimewa.
- -Faridah menyayangi anak-anak istimewa Iqbal.
k. Masyarakat yang menyayangi alam sekitar
- § Soleh Johnsons tidak mahu menebang pokok-pokok balak yang terdapat di Tanah Tinggi Lojing semata-mata untuk memajukan kawasan peranginannya.
- § Pokok merbau dan tualang dikekalkan walaupun kos pembinaan kpusat peranginannya meningkat.
- § Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu menjalankan pertanian di Tanah Tinggi Lojing kerana aktiviti tersebut akan merosakkan alam semula jadi.
- § Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan pusat peranginan
- § berkonsepkan agropelancongan.
l. Masyarakat yang kuat berpegang pada jati diri bangsa Melayu
- - Datuk Azrul tinggal di kampung dan mengusahakan sektor pertanian walaupun bergelar siswazah
- - Datuk Azrul sentiasa berpesan kepada Zain agar pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian di New Zealand.
- - Faridah masih makan masakan Melayu daan menyediakan masakan kari untuk akeluarganya di New Zealand.
- - Faridah sentiasa bercerita tentang Sungai Besar dan asal usulnya kepada kedua-dua orang anaknya.
- - Faridah masih mengekalkan panggilan nama Idah walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand
- - Faridah pulang semula ke Malaysia setelah 25 tahun merantau di New Zealand.
m. Masyarakat yang longgar pegangan agama
- - Melina minum arak tanpa pengetahuan ibu bapanya
- - Benny mengaku bahawa dia meminum arak walaupun dilarang oleh agama Islam.
- - Kamarudin semasa mudanya sering mengunjungi kelab malam Nirwana Night Club untuk berkaraoke dan minum arak
n. Masyarakat yang taat akan agama
- - Faridah taat mengerjakan solat Subuh dan tahajud
3. LATAR MASA
Waktu Pagi
- - Rahayu bangun pada pukul 6.00 pagi dan terasa sakit di leher
- - Rahayu tiba di perpustakaan pukul 8.00 pagi
- - Rahayu pengsen di perpustaakaan
- - Faridah dan Iqbal mendapat kemalangan pad masa yang sama rahayu pengsan
- - Salmah meninggal dunia pada subuh pagi selepsa faridah selesai menunaikan solat Subuh
- - Faridah mengelamun di rumahnya di Rosewood, Christchurch ,New Zealand- merindui Senmenanjung Malaysia.
- - Kamarudin dan Buyung meneruskan perjalanan ke Sungai Dua dari Bukit Kutu untuk menjejaki Faridah dan Iqbal
- - Benny tergesa-gesa meninggalkan rumahnya di Marang setelah mendapat berita tentang penangkapan Mohd. Attar.
- - Zain berbual dengan ayahnya Datuk Azrul tentang kemajuan sektor pertanian, masalah tenaga buruh di sektor pertanian dan hasratnya berkahwin dengan Anne gadis kacukan Inggeris Melayu.
Waktu malam
- - Salmah mengadakan bacaan yasin diketuai Pak Imam Sohod setelah mendengar berita kehilangan Faridah.
- - Khadijah meyakinkan Melina bahawa dia tetap orang Melayu walaupun tidak dilahirkan di Malaysia.
Sebulan
- - Faridah dan Iqbal hilang selama sebulan di hutan sebelum ditemui di Sungai Dua oleh orang Asli .
Masa penjajahan British
- - Faridah dan Iqbal berada di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Baru semasa zaman penjajahan Inggeris. Bertemu dengan Tuan Cecil Renking, magistret dan pemungut cukai bagi pihak Sultan Selangor.
25 tahun selepas berhijrah ke New Zealand
- - Faridah bersuamikan Soleh Johnsons dan mempunyai dua orang anak kembar Anne dan Melina
- - Anak-anaknya bertemu jodoh dengan orang Arab dan Melayu
- - Faridah pulang dan menetap di Malaysia
25 tahun sebelum berhijrah ke New Zealand
- - Faridah tinggal di Sungai Besar bersama-sama ibu
- - Berkahwin dengan Ghazali
- - Suaminya Ghazali meninggal setahun selepas ibunya Salmah meninggal.
0 ulasan:
Post a Comment