Wednesday, June 15, 2011

dear abang..

okey ini note ke dua..pasal seorang isteri yang tidak puas hati dengan suaminya....so jom tengok.


>>dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik kekampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang inginayang luahkan disini...kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3bulan yang lalu dah masuk 3 malam...abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayangletakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dariharga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampakberkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang belikat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jagamaintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawaabang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anakmacam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenekdepa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lamasekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,ayang<<<<

korang rasa si suami balas ke tidak surat isterinya yang tahu bersyukur....kalau nak tahu tunggu post seterusnya...

teman sejati

Hye.....assalamualaikum..hermm hari ini aq bukak fb sesaje tengok note2 aq yang lame..rase macam nk kongsi la ngan korang..k kali ni post pasal  "TEMAN SEJATI".so korang baca dan hayati dengan penuh perasaan..

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR. 
KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA. 
DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA. 
DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN. 
KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA. 

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU. 
TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI. 
BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK. 
KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA. 
DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG 
PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA. 

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA. 
JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH 
DGN KEBENCIAN. 
KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA: 

DEAR_________, 
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK. 

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU. 

SALAM KASIH SAYANG, 

________________ 

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA. 
TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU. 
IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA. 
DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN ANAKNYA.KAMU SUDAH TERLAMBAT.KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL. 

PENGAJARANNYA: 

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA MAAF..JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE 
AKAN TERJADI ESOK HARI. 

KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS TERAKHIR, TOLONG FORWARDKAN EMAIL INI DAN TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU 
BENAR2 MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN. 
MAAFKAN AKU TEMAN..ANDAI SELAMA INI KITA BERKWN ADA BAHASAKU YANG KURANG ENAK KU PERTUTURKAN ... TERIMALAH AKU SEADANYA..BANYAK YANG KURANG ADA PADAKU....SELAGI SEMPAT KU MEMOHON MAAF...MAAFKAN LAH SEMUA KASILAPANKU...

cinta buat dia..

Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hat
iBuat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...
Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si diaTidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...

Sunday, June 12, 2011

ready back to school!!!

assalamualaikum.....ermm kje skolah dh wat?dh check smue buku?baju dh gosok?herm...apelagi eak?cpt2...owh jgn lupe kiwi kasut....ha korg dh wat smue persiapan untuk esok?yela esokkan dh mula naik sekolah...so kena lah buat persiapan..kalau x mst esk pagi lps solat kelam kabut nak buat itulah nak buat ini lah...karang x pasal2 masok sekolah lambat...entah first day dah kne denda kat tapak perhimpunan.....aq?hermmm...homework dah selesai..buku dah susun cume belum gosok baju dan kilatkan kasut....aq rase macam xpuaskan cuti kali ni..ap pndpt korg???yela cume 2 minggu je..lpas tu dlm mase 2 minggu tu,dari pagi sampai ke malam asyik tuisyen je...xdapat pun nikmat cuti itu...lepas naik cuti ini tinggal sebulan je nak buat persiapan untuk trial for spm..nampak nya memang x tidur malam la aq...takut gak kan nk spm nih...rase macam nak p menikah pun ada..ahahah tah apa-apa..nonsense.. hermk lah...jumpa next posting k.bya

Saturday, June 11, 2011

menutup aurat -bagi wanita-



assalamualaikum..hai korg td aq dh ad post pakai 6 golongan yang bahaya untuk jadikan isteri..tadi masa aq bkk fb aq ad terbaca satu artikel dari Dato' Dr Hj Mohd Kamsah.Artikel ini pasal hukum menutup aurat untuk wanita islam..so koarang baca jelah..


Pada mulanya saya tidak berminat untuk menulis mauduk ini kerana merasakan artikel seperti ini sesuai ditulis oleh seorang wanita kerana hal ini berkaitan langsung dengan diri wanita . Adalah sangat elok dan cantik , kalau wanita sesama wanita berpakat dan bekerjasama untuk melaksanakannya. Sesungguhnya kita sebagai manusia sentiasa sahaja dikuasai oleh perasaan lemah untuk melaksanakan sesuatu yang belum menjadi kebiasaan kepada kita tetapi kalau dimulakan akhirnya alah bisa tegal biasa.

Di dalam komen entri yang telah lalu seorang pembaca memberi komen atau ulasan terhadap entri " Jom ulangkaji- Solat Jumaat" dan berharap saya menulis tajuk mengenai aurat wanita dalam entri yang akan datan g. Maka itulah sebabnya saya terpanggil untuk menulisnya di dalam halaman ini, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya di dalam entri ini terdapat ungkapan yang tersinggung perasaan dan emosi anda. Perkara tersebut tiada di dalam niat saya, tulisan ini semata-mata ingin memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat khususnya masyarakat Islam.

Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita semata-mata untuk mereka berkongsi hidup di dunia ini, sesama mereka pula saling memerlukan dan lengkap melengkapi di antara satu sama lain, betapa indah dan bahagianya hidup ini, jika manusia mematuhi dan mentaati perintah Allah kerana itulah sebenarnya kunci dan rahsia kehidupan bahagia yang hakiki dan mampu menolak kepalsuan.

Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah d an kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.

Lelaki dan wanita diperintahkan Allah supaya menutup aurat mengikut kadar yang telah ditetapkan, oleh itu lelaki dan wanita seharusnya sama -sama mematuhinya, di dalam mauduk ini tidak dibincangkan dengan panjang lebar mengenai aurat lelaki kerana aurat lelaki senang difahami dan juga senang untuk dilaksanakan perintah menutupnya. Allah jadikan fizikal lelaki sifatnya tidak menggoda seperti fizikal atau susuk badan wanita.

Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. Walaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimew itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.

Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.

Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).

Apapun alasan dan hujah diberikan. Persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah patuh dan taat perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia.

Nafsu syahwat lelaki dan wanita kadar dan keupayaannya adalah berbeza. Nafsu syahwat lelaki aktif hampir sepanjang hayat tubuh badan mereka, manakala wanita akan menurun apabila terhenti pusingan haidnya. Pusingan haid terhenti dalam lingkungan usia 50an.Ini bermakna terdapat ramai kaum lelaki tua dan muda yang tercabar dengan perlakuan mendedahkan aurat ini dan disamping itu terdapat pula mereka yang sengaja mempragakannya atas alasan yang te rsendiri.

Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat sahaja. Manakala yang bukan Islam mereka diperintahkan Allah supaya mengenal Allah atau makrifatullah terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan perintah-perintah yang lain. Namun begitu kita berharap mereka yang bukan Islam juga hendaklah memakai pakaian yang bersopan ketika berada di tempat awam.

Binatang yang jantan dan betina juga mengalami situasi yang sama seperti manusia pada amnya, iaitu binatang yang jantan mempunyai kekuatan syahwatnya melebihi binatang yang betina, kalau kita lihat kajian yang dibuat terhadap kambing Boer, kajian tersebut menyatakan seekor kambing Boer mampu melayani antara 50-80 ekor kambing betina.

Mesej yang hendak disampaikan di sini ialah nafsu syahwat lelaki melebihi keupayaan nafsu syahwat wanita dan aktif sampai ke penghujung hayatnya dan binatang yang jantan juga terdapat situasi yang sama iaitu melebihi syahwat yang betina. ( Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang tepat ). hanya sekadar sesuai untuk direnungkan bersama sahaja dan mengenali lelaki dan wanita , juga mengenali jantan dan betina.

Kaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar untuk mereka tunai dan laksanakan.
Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di dalam Al.Quran.

Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.
____________________

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".
Surah An.Nuur (31)
_____________________
"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.
Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat".
Surah Al.A'araaf (26)
____________________

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Surah Al.Ahzab (59)
_______________________

Dan perempuan-perempuan tua yang
telah terhenti (dari haid dan mengandung)
yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah
atas mereka dosa menanggalkan pakaian
mereka dengan tidak (bermaksud)
menampakkan perhiasan, dan berlaku
sopan adalah lebih baik bagi mereka.

Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.

Surah An.Nuur (60)

__________________________


artikel seterusnya di petik dari blog panitia pendidikan islam sebuah sekolah.Dimana penulis blog ini menyeru kepada kita smua sebagai umat islam agar menutup aurat terutama kepada remaja-remaja zaman sekarang ini.Menurut penulis ini juga masalah untuk menurut aurat ini berlaku adalah dek kerana berlakunya pergaulan bebas dalam kalangan remaja itu sendiri..bukan itu sahaja ia juga berkemungkinan akibat ceteknya ilmu pengatahuan agama islam dalam diri meraka.Remaja juga beranggapan memakai tudung adalah kerana ia adalah salah satu peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak sekolah.Usaha guru-guru dalam menagkis pendangan itu juga sia-sia akibat kerapuhan iman mereka..


Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30-31, jelas menerangkan tentang cara menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita.



(click untuk tumbesaran)


"Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kepala hingga ke bawah dada...." menjelaskan bahawa bertudung hendaklah menutup hingga ke bawah dada. Namun amat mengecewakan, fesyen bertudung masakini tidak menepati syarat berpakaian seperti yang digambarkan dalam Al-Quran. Ramai yang menganggap menutup rambut sudah dikira menutup aurat sedangkan bahagian dadanya didedah dengan tubuh badan dibaluti pakaian ketat, jarang dan sendat. 

                           selain itu juga,aq nk tunjuk kan ilutrasi kartun yang aq cari kat google tadi..

(click untuk tumbesaran)
Ilustrasi diatas mungkin memberi sedikit kefahaman tentang pakaian yang dianggap menutup aurat tetapi sebaliknya tidak memenuhi syarat .islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen tetapi ada batasan dan tidak bertentang dengan syariat.Wanita perlu bijak membuat pilihan asal tidak melanggar syariat dek kerana ghairah mengikut 'trend'. Jadi, marilah kita praktikkan amalan menutup aurat yang sebenarnya agar diri kita terhindar daripada fitnah sekaligus menggambarkan ketaatan kita terhadap perintah dan suruhan Tuhan.



nah,beginilah cara pemakaian yang sebenar-benarnya.
 Ada sebuah blog lagi yang membincangkan tentang 9 kejelitaan fesyen tudung pada era 2000...
jom kita tengok artikel ini..


1.Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas di dlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!

2.Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah “ter “atau sengaja..) ni masa summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show …

3.Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat..kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit..silap2 pusat sekali kalau ader rezeki…..

4.Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok … kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..

5.Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi..bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan..siapa nak jawab tu…

6.Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun..punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali…touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi..bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc….sila rujuk (al-Ahzab:33 ) boleh gitu ?

7.Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak…ooo…saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!

8.Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu …

9.Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti ke! na match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari…etc yg ni pun lebih kurang yg no.6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.





      okey itu sahaja lah perkongsian aq kali nyh..aq harap artikel ini dapat lah memberi serba sedikit pengatahuan kepada korang dan aq sendiri untuk membetul kan  apa yang perlu di betulkan...jadi berpesan pesan lah kita kepada kawan2,ahli keluarga dan sesiapa sahaja..semoga dengan perubahan yang berlaku kepada mereka dapat memberi manfaat kepada kita,kelak...so aq tggal korang dengan satu lagu nasyid nyh..




















6 golongan yang bahaya dijadikan isteri




Tadi masa dekat pejabat, aku jumpa dengan Ustaz Manap. Ustaz Manap ni guru Quran, selain dari jadi guru Quran, dia gak femes sebab dia boleh dikatakan terror menjadi agent pencari jodoh dekat area Teluk Intan. Aku tanya Ustaz Manap,

"Ustaz, saya nak kawin la. Tapi takde jodoh lagi, boleh tolong carikan jodoh untuk saya tak???"

"Issshhh... muka hemsem, badan solid, takkan susah cari jodoh kot?" balas Ustaz Manap.

Hensem??? Badan solid??? BENAR USTAZ!!!!! BENAR TU!!! Wakakakakakakakkaa!!! Kalau dah nama pun Ustaz, mana nak menipu betul tak? Jadi jelaslah dekat sini bahawa saya Mohamad Aizwan Ali aka Botaq seorang yang kacak dan berbadan tough.... Owhhh yeaaaaahhh!!!!

"Wan, kalau nak cari isteri, jangan cari 6 calon isteri yang ada ciri-ciri macam ni."

"Apa dia tu Ustaz?"

1. Al-Anaanah
Mereka adalah golongan isteri yang sentiasa keluh kesah. Apa saja yang diberikan oleh si suami tak pernah pun rasa cukup. Dah diberi kereta, tak cukup lagi, dah diberi rumah, tak cukup, dah diberi intan berlian pun masih tak cukup. Sedikit pun ciri isteri ni tak pernah berterima kasih kepada suami. Tak reti nak bersyukur.

2. Al-Manaanah
Mereka adalah golongan isteri yang suka mengungkit. Silap sikit si suami, habis diungkitnya cerita 18 tahun tahun lepas hingga terkini sampai anak pun tahu segala rahsia ayah depa.Issssshhh!!! Bahaya ni... Benda yang 18 tahun cerita negatif si suami, dia ingat tapi pasal 18 tahun punya budi yang disemai oleh si suami langsung dia tak kenang.

3. Al-Hunaana
Golongan isteri ni suka membanding-bandingkan suaminya dengan orang lain. Andainya, si suami buat kerja terhegeh-hegeh dan tak cekap buat kerja, let's say, tukar lampin anak la, mula lah si isteri ni nak bandingkan suaminya tu dengan suami orang lain atau lelaki lain. Suami orang lain cekap je tukar lampin tapi suami dia lembap nak mamposssss...... Si suami diam je, tahan sabar. Kalau diikutkan hati, talak 3 la jawabnya........ Kalau dah tak tahan sabar, terus talak 3. Bila datang pejabat agama, kenapa boleh jadi kes talak? Puncanya kain lampin... Haaaaaa!!!?????

4. Al-Hudaaqah
Isteri yang suka memaksa suami. Atau dengan erti kata lain ugut suami. Contohnya, bila balik raya, si isteri mula la pura-pura menitik air mata nak beraya tahun ni dekat rumah mak ayah si isteri. Padahal 3 tahun berturut-turut dah beraya kat rumah mak ayah si isteri, tahun ni pun dia nak balun raya tempat sama. Nak tak nak, sebab simpati, suami pun ikutkan la kata si isteri. Ni boleh dipanggil ugut ye tuan tuan dan puan puan. Kes ini juga boleh dikategorikan ingkar kepada suami sebab langgar apa yang dijanjikan. Peristiwa ini akan menyebabkan pihak ketiga akan terasa iaitu pihak keluarga si suami. Ye laaaa dah 4 tahun berturut2 tak balik raya.

5. Al-Hulaaqa
Isteri yang sering leka. Leka kerana benda-benda lain sehingga mengabaikan tanggung jawab keluarga. Contohnya isteri terlalu taksub dengan hak kewanitaan. Konon-konon wanita tidak patut dijadikan sebagai orang gaji. Bila pulang dari kerja, bantainya tidorrrr sampai lupa nak sediakan makan minum suami dan anak. Bila suami tegur, depa cakap macam ni, "Awak ingat saya ni hamba awak???" ... Tapi bila bos dekat ofis suruh buat itu ini, boleh plak buat tanpa sikit bangkang pun. 

6. As-Salaaqah
Isteri yang tak pandai cara pergaulan. Yang mana perlu dirahsiakan, rahsiakan laaaa... Ini idak, riuh satu suratkhabar bila suami buat silap. Biarlah certain people je tahu.. Contohnya macam artis nak minta cerai, belum lagi si suami melafazkan cerai, sudah dihebohkan kepada media tentang buruk perangai si suami. Ingat!!! Selagi anda masih bergelar isteri walau macam mana gampang sekalipun suami anda, anda tidak berhak mengaibkan dia. Satu lagi contoh As Salaaqah, isteri yang tidak jaga pergaulan macam lepak tak tentu hala, bersalaman dengan bukan muhrim (walau atas alasan kerja), serta tidak menutup aurat.


    *thank 2 blogger crew..sbb kongsi maklumat nyh..

Friday, June 10, 2011

his past day are too hard

ha nyh ag stu vid yg ckg aq ltk...aduh...aq tgok pun ase trharu ngan dy nyh...korg tgok lah dn korg ilai lah sndri...









moh tngok..sedeyh ke x sedeyh

hii..kmbali berposting.td aq bkk fb aq tgok la kt home ad stu vid yg d share oleh ckg aq..so tgok lah vid niyh..sedeyh ke xsedeyh....klo krg xad persaan ermm th la...







so ap perasaan korg???    




true story : kasih ibu tiada penghujungnya...

Wednesday, June 8, 2011

Moh Join Bloglist SembangKemas





moh kite join blogslist smbangkemas..



                                                                moh tekan

Followers